|
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Perkembangan pesat dunia pendidikan telah memberikan impak yang positif kepada perkembangan Pusat Sumber Sekolah. Adalah menjadi dasar dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sehingga mencapai pendidikan bertaraf dunia. |